PIAGAM SEKOLAH
Kami warga jabatan pendidikan Sabah yang berkhidmat di SK MOSTYN
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga serta berusaha untuk memastikan
;
- Mengamalkan budaya “mesra pelanggan” dalam perkhidmatan yang cekap kepada semua pelanggan yang berwawasan di sekolah ini.
- Peranan dan fungsi akan dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab di samping memelihara keharmonian dan menjaga imej sekolah dari masa ke semasa.
- Sistem pengurus sekolah dan memahami kehendak pelanggan selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaaan serta wawasan 2020.
- Semua kanak- kanak mendapat tempat belajar bermula hari pertama persekolahan setiap tahun.
- Guru sentiasa berada di dalam bilik darjah dalam masa PDP dijalankan dan rekod fail mengajar sentiasa dikemaskini, buku-buku lahitan dan lembaran kerja pelajar diperiksa tanpa sebarang keciciran.
- Kami bersedia menerima pandangan, syor dan teguran dari semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah dan negara amnya.